Tanggal 7hb Jun ni genap setahun our wedding... kejap je setahun berlalu, macam2 pengalaman baru hidup berumahtangga ni. Dugaan yg paling besar setakat ni bagi kami ialah duit tak cukup. Rasanya belum stabil lagi ekonomi kami buat masa ni. Dengan keadaan aku yg tak bekerja ni lagi la.Bukan tak nak keja tapi blm yakin nak cari keja lain.
Buat masa ni aku tengah tumpu nak dapatkan zuriat. Nampaknya usaha sendiri tak berhasil, jadi kami ambil keputusan buat check-up kat LPPKN. Next month baru dpt tahu keputusan dia...harap2 tak ada la masalah besar. Pasal keputusan check-up kat LPPKN nanti next month aku write on blog
1st ulang tahun ni nampaknya tak la syok sgt...maklum la belum ada org ketiga dlm hidup kami..kdng2 rasa macam tak kawin pun ada,bila tak de anak ni mcm tak sempurna je hidup berumahtangga. Tapi ada juga yg rasa sebaliknya...Bagi pasangan yg sudah menimang cahaya mata anda patut bersyukur dan jaga la zuriat anda sebaiknya.
Baru2 ni my hubby ada tanya membe dia ape perasaan dia bila dapat anak, yg kami sedih dia blh ckp macam biasa je. Agaknya dia tak rasa ape yg kami rasa,sebab tu dia tak hargai amanah Allah beri padanya. Kalu la ditakdirkan nasib dia macam kami ni mesti dia hargai zuriat dia....bila di fikir2kan kenapa anak2 skrg bnyk masalah sosial,di sebabkan faktor utama ialah ibubapa. Allah beri amanah jaga zuriat betul2 tapi ala kadar je dia jg. perasaan kat anak pun ala kadar je.Aku harap kepada pasangan yg mudah dikurniakan anak jg la anak2 dgn sempurna....
My Hubby belikan maxis broadband last week...kata dia ni hadiah ulang tahun kami.Katanya kesian tgk isteri dia bosan kat umah...Sayang juga dia kat aku. Sebab tu la aku sayang sgt kat dia. Aku tahu tujuan utama dia beli broadband ni,tak nak bagi kehidupan kami ni bosan.Tapi memang betul kehidupan kami membosankan.dah tak tahu ape nak buat,tgk TV je la...kalu bosan sgt pg umah Along tgk Adam anak buah kami.Harap2 internet ni dapat la membantu mengisi masa kosong kami selepas ni.....wassalam...