Sunday, July 19, 2009

Darling


Ni la Darling semua org...cucu perempuan pertama Mr.Sh.Mohamod n Mdm. Zawiah........anak kpd Fateha or Pa...comelkan dia,namanya Dalili Batrisyia....Kalu nak tau Darling kesayangan semua org,semua nak jaga dia...Tok2 sedara pn geram nak jg,memang bertuah this gurl...Mummy Ain pn syng sgt kat Darling....jgn nakal mcm sepupu2 awak sudah...Tok Ma ckp muka Darling mcm muka Mummy Ain masa kecil...nanti Mummy Ain cari gmbar Mummy Ain masa baby....kita tgk sama2

Wednesday, July 1, 2009

kenapa blh jadi macam niii..............

Kecewanya aku bila jumpa doktor semalam, masa mula2 jumpa tu dia tak ckp pulak mcm ni, aku pn tak tanya btl2 pasal IUI ni. Tapi ye la mana ada dlm internet ni cerita semua tu....

Semalam aku kena g buat scan telur after semua ubat aku ambil, cara aku ambil ubat semuanya betul,patutnya tak de mslh...tapi masa scan tu ovari sblh kiri aku menghasilkan telur yg kecil tak matang,ada dlm 3 biji telur tak matang...kata doktor telur2 ni tak blh jalani proses IUI, aku dah mula rasa kecewa, tapi dgn harapan ada la telur matang sblh kanan
Beralih pada ovari sblh kanan pulak, aku dah tersenyum tgk telur2 tu besar...semuanya 4 biji, mula2 doktor ukur telur pertama saiznya 14x13mm, kata doktor tak cukup matang...pastu dia ukur pulak telur kedua 18x17, yg ni bagus kata doktor. Tapi telur ke tiga & ke empat saiznya 14x12 dan 14x11..maksudnya aku ada satu je telur matang...tapi utk jalani proses IUI sekurang2nya nak 3 biji telur yg matang...aku dh mula risau mcm mana niiii....

After scan aku diberi penerangan, doktor ni bagus baik sgt nama dia Dr. Abd Ghafar....dia ckp aku kena amibil sekali lagi suntikkan hormon mlm nanti katanya...dia jangka 3 biji telur yg tak matang tu akan membesar ke saiz 16x16 sekurang2nya...kalu 3 biji tu dah samapai saiz yg dia nak IUI blh di buat....TAPI....ada tapi2 la pulak doktor ni...dia ckp kalu telur yg sebiji matang tu pecah sblm jumaat ni aku tak blh buat IUI...kiranya telur2 yg tiga tu dah tak de fungsi la kalu yg matang tu pecah...bayangkan masa dia ckp tu, aku dh rasa kecewa sgt2....maksudnya kalu yg matang tu pecah aku kena tunggu period baru datang utk jalani rawatan baru...aku kena ambil ubat balik kena cucuk balik...aduhhh la...itu pn blm tentu blh buat gak.kalu jadi mcm ni sekali lagi kira2 sia2 la....

Duit dah habis kat RM 600, kalu jadi buat IUI ni tambah lg RM400..kiranya ok la kalu jadi buat IUI habis 1 ribu pn berbaloi la.kalu tak jadi buat IUI ni kena bt proses baru tambah lg ubat2 baru yg cecah RM300...rasanya kalu esok doktor scan telur dia ckp yg matang tu dh pecah, aku fikir tak nak teruskan lg utk tahun ni...lagi pn my hubby kena g overseas bln 11 ni,bnyk nak guna duit...kiranya pospon la dulu...tahun depan kena kumpul duit kurang 2ribu nak buat IUI ni......

Tapi aku kesian gak tgk my hubby,lepas je aku keluar dari bilik scan tu bagi tau dia, terus muka dia berubah,balik rumah pn dia tiba2 mcm naik angin...aku tanya baik2 dia mcm nak tinggikan suara....aku rasa nak menangis pun ada, bkn dia je sedih aku lg la sedih...kalu aku tau awal2 risiko ni aku mesti fikir 2 kali sblm buat keputusan ni...Ia btl memerlukan kesabaran yg kuat,kena radha dgn semua yg terjadi...itu yg perlu ada dlm diri aku skrg.Tapi ckp memang senang kan? nak buat tu susah sgt....Ya Allahm,Tuhan saja yg tahu