Hari ni aku pegi buat HSG x-ray kat hospital tawakal, ni salah satu procedure LPPKN utk tau ade mslh pada rahim n tiub fallopian....Alhamdulillah,syukur pada Allah semuanya normal.keputusan HSG menyatakan aku tak mengalami tiub tersumbat dan rahim ku normal.
Procedure HSG ni sedikit menakutkan,kalu pernah buat pap smear lebih kurang macam tu la cara dia....tapi dia ada masuk satu tiub kat dlm rahim kita tu..Ya Allah rasa sengal betul masa dia masuk kan tiub tu.aku ingat kecil je tiub tu,mak ai besar jari telunjuk dah la buat daripada besi...betul2 menakutkan...menggigil satu badan aku dibuatnya....
lepas tu satu cecair dimasukkan kat dalam sambil gambar x-ray diambil....masuk cecair tu pun agak terasa sengal sikit...lepas semua x-ray yg perlu diambil,aku dibiar selama setgh jam utk cecair tu keluar.....lastly dia x-ray skali lg pastikan semua cecair keluar.tapi masa aku bangun dari katil tu darah ada keluar...katanya ini pekara biasa selepas buat HSG,dan akan berhenti sendiri....selamat sudah buat HSG...
15hb ni aku kena ambil darah lagi utk mengetahui hormon progesteron aku normal ke tak, takut betul aku bila teringat jarum doktor. dari dulu lagi aku takut jarum tu,harap2 semua berjalan dgn baik lepas ni.....aku harap semua kesakitan yg aku alami semasa proses ni membuahkan hasil yg positive....Tapi aku pun kena ingat ni semua kuasa Allah,kalu Allah nak bagi rezeki pada kami after this ....Alhamdulillah....Tapi kalu bukan rezeki kami, guna la cara ape pun ia tetap bkn kami punya...
Kepada kawan2 yg dah ada zuriat kami ucapkan tahniah....jgn lupa tambah lg zuriat anda,sebelum semuanya Allah tarik dari anda.Satu lagi pesan aku kat semua kawan2,jgn merungut bila dikurniakan anak,dan jgn rasa anak ni satu beban..anggap la ia sesuatu yg indah yg dikurniakan utk kita...kami doakan semuanya berbahagia bersama org tersayang....Amin
No comments:
Post a Comment