Sunday, May 6, 2012

Bermulanya proses IVF

suprefact 1 mg/ml

Dah 5 hari ambil suntikan ubat ni, ubat ni dibeli semasa kaunseling 3/5/2012 dengan harga RM 200 sebotol. Isi kandungan sebotol ni 5.5 ml,setiap kali cucuk 0.1ml...masa suntikan ni adalah 10 pagi dan 10 malam,2 kali sehari....nurse ckp ubat ni untuk merangsang ovari,di ambil semasa hari ke 21 period...
Sekarang tunggu period bulan ni datang, kalau ikut kiraan sendiri 12hb ni datang la period...tapi tak blh harap gak sebab kata nurse maybe ubat ni mengganggu kitaran haid kita,katanya biasa kalau wanita yg tak menentu datang period ubat ni akan buat dia tak dtng period....tapi bagi aku yg selalu dtng tiap2 bulan maybe tak ada masalah,cuma nanti awal atau lewat je...harap2 cik p datang tepat pada masanya...aminnnn
Buat masa ni menunggu cik p datang je la.....apa2 hal saya update lagi



Thursday, April 19, 2012

Persediaan awal


Sebenarnya dah terlambat persediaan ni,sepatutnya 3 bulan sebelum IVF....mmmm, but I have to try my best. Harap-harap makanan tambahan ni dapat membantu meningkatkan kualiti telur ( ovum )..satu lagi mulai hari ni aku mesti berfikiran +ve and out from stress....harap2 aku tak stress la sebelum and selepas  IVF ni...aminnnn

Tuesday, April 17, 2012

Call From HKL

Alhamdulillah, akhirnya dapat call dari HKL...

Insyallah 3hb 5 ni akan bermula proses untuk IVF, nurse cakap datang dgn suami, bawa ais box and duit RM200 untuk beli ubat....
nurse tanya aku dah ready blm, dgn semangatnya aku ckp dah ready .....huhuhu betul ker dah ready? Insyallah aku doakan semoga Allah memberi semangat yang kuat untuk diri ni...aminnn

Monday, March 19, 2012

Masih belum berjaya

Dari bulan 9 tahun 2011, IUI pertama dan ke 6 masih belum berjaya hamil...perasaan masih lagi mengharap walaupun IUI ke 6 gagal.
Pengalaman 6 bulan berturut-turut jalani IUI macam-macam aku rasa, IUI pertama sangat2 kecewa bila haid datang on time...bila masuk IUI ke 2 perasaan sedikit down bila kena suntik kat perut,1st time main cucuk2 ni...namun harapan masih menggunung,ada org cakap Insyallah kalau suntik hormon ni menjadi...makin berbunga2 la tapi bila sampai waktunya datang lagi period...masa tu kecewa tapi masih berbunga,dalam hati mesti bulan kedua cucuk hormon akan menjadi...tapi IUI ke 3 juga tak berjaya......sampai la IUI ke 6 terpaksa terima dengan redha...walaupun IUI ke 5 aku menangis namun hati lebih tenang

Sekarang masih lagi berusaha sementara menunggu jawapan untuk buat IVF 3 minggu lagi, sebab dah tahu rahim terbalik (retro) so cara untuk bersama sedikit berbeza dari pasangan lain. Kali ni Conceive  Plus jadi pilihan untuk mencuba...dalam masa yang sama aku masih mencari kat internet orang malaysia buat IVF,nak mencari maklumat n pengalaman dia orang untuk di jadikan semangat untuk IVF nanti....nurse cakap mental n fizikal kena kuat nak jalani IVF sebab lebih stress dari IUI....Tapi rakyat malaysia tak suka berblog macam aku la salah seorang,so susah la nak cari...kalau jumpa pun dari luar negara.

Insyallah kalau ada rezeki buat IVF aku akan cuba merajinkan diri untuk menulis diari IVF tu nanti untuk  menafaat semua....apa2 pun usaha mesti diteruskan...doakan aku ini...amin