Dari bulan 9 tahun 2011, IUI pertama dan ke 6 masih belum berjaya hamil...perasaan masih lagi mengharap walaupun IUI ke 6 gagal.
Pengalaman 6 bulan berturut-turut jalani IUI macam-macam aku rasa, IUI pertama sangat2 kecewa bila haid datang on time...bila masuk IUI ke 2 perasaan sedikit down bila kena suntik kat perut,1st time main cucuk2 ni...namun harapan masih menggunung,ada org cakap Insyallah kalau suntik hormon ni menjadi...makin berbunga2 la tapi bila sampai waktunya datang lagi period...masa tu kecewa tapi masih berbunga,dalam hati mesti bulan kedua cucuk hormon akan menjadi...tapi IUI ke 3 juga tak berjaya......sampai la IUI ke 6 terpaksa terima dengan redha...walaupun IUI ke 5 aku menangis namun hati lebih tenang
Sekarang masih lagi berusaha sementara menunggu jawapan untuk buat IVF 3 minggu lagi, sebab dah tahu rahim terbalik (retro) so cara untuk bersama sedikit berbeza dari pasangan lain. Kali ni Conceive Plus jadi pilihan untuk mencuba...dalam masa yang sama aku masih mencari kat internet orang malaysia buat IVF,nak mencari maklumat n pengalaman dia orang untuk di jadikan semangat untuk IVF nanti....nurse cakap mental n fizikal kena kuat nak jalani IVF sebab lebih stress dari IUI....Tapi rakyat malaysia tak suka berblog macam aku la salah seorang,so susah la nak cari...kalau jumpa pun dari luar negara.
Insyallah kalau ada rezeki buat IVF aku akan cuba merajinkan diri untuk menulis diari IVF tu nanti untuk menafaat semua....apa2 pun usaha mesti diteruskan...doakan aku ini...amin
No comments:
Post a Comment